Air penting untuk kesihatan kita. Adakah anda sedar bahawa dengan minum air secukupnya boleh membantu kita dari dehidrasi, pemikiran yang tidak jelas, perubahan mood dan badan dari 'overheating'? Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan pengambilan air yang secukupnya. Bukan itu sahaja, minum air dengan cukup juga membantu untuk anda mengawal kalori 'intake' anda sebab air kan kosong kalori. Jadi bukan sahaja dapat membuatkan tubuh badan anda 'hydared' tapi juga bantu untuk mengawal dan turun berat badan.
Apabila kita selalu bersenam, ia juga boleh meningkatkan sistem imunisasi badan kita. Bukan itu sahaja tau, bersenam juga boleh membantu mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Dan bersenam juga membantu anda mengekalkan berat badan anda.
'Stress' juga boleh memberi kesan kepada imunisasi badan dan melemahkan badan. 'Stress' yang berterusan juga boleh memberi impak kepada imunisasi badan kita. Sebab itulah pentingnya 'me time' untuk diri kita. Ambil masa anda untuk melakukan penjagaan diri atau 'self care'. 'Self-care' ni berbeza untuk setiap individu. Jadi lakukan apa yang anda sukai seperti berjalan di taman, meluangkan masa membaca buku kegemaran anda, mendengar lagu kegemaran ketika memandu pada waktu malam atau orang selalu sebut 'night drive' ataupun pergi mengurut. Jadi lakukan apa saja 'self-care' yang anda suka dan terbaik untuk diri anda.
Tidur adalah penting dan tidur yang berkualiti mampu membantu badan dan minda kita untuk berehat dan anda akan rasa segar pada keesokan harinya. Merujuk kepada 'National Sleep Foundation Guideline', dewasa memerlukan masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam, manakala bayi dan kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih lama untuk membantu tumbesaran mereka.
Dan yang paling penting ialah diet yang seimbang. Diet yang seimbang akan memberi nutrisi yang cukup untuk badan kita untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu penting untuk kita mendapatkan nutrisi yang cuku dari 5 kumpulan makanan ini iaitu karbohidrat, buah-buahan dan sayuran, tenusu, protein dan lemak sihat. Setiap kumpulan makanan memberi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.
Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengambil sarapan yang sihat walau sesibuk mana pun. Paling mudah, minumlah minuman bijirin oat Entrusol yang boleh disediakan kurang dari 2 minit. Didatangi dengan 4 perisa yang enak; madu dan kurma, pisang dan kurma, coklat dan kurma serta kopi dan kurma. Ia rendah kalori dan juga membantu anda untuk kenyang lebih lama. Maka tiada lagi sarapan yang tidak sihat dan sarapan anda menjadi lebih mudah.
Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.