Apa itu defisit kalori? Defisit kalori bermaksud apabila anda membakar lebih kalori daripada kalori yang diambil. Defisit kalori ini boleh dicapai dengan bersenam dan makan dengan kuantiti yang sedikit.
Dan apabila anda mengambil lebih daripada yang anda bakar dalam sehari, ia merujuk kepada lebihan kalori. Ini bermakna jika diteruskan kemungkinan berat badan anda akan bertambah.
Secara ringkasnya,
Defisit kalori terjadi apabila kalori diambil < kalori yang dibakar
Lebihan kalori terjadi apabila kalori diambil > kalori yang dibakar
Secara amnya, kalori harian wanita dewasa yang disyorkan adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari manakala untuk lelaki dewasa, ia antara 2000 hingga 3000 kalori sehari.
Walau bagaimanapun, defisit kalori perlu dilakukan dengan cara yang sihat dan jika tidak ia boleh mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap kesihatan anda apabila anda tidak melakukannya dengan betul dan selamat.
Bila anda tengah melakukan pengurangan kalori (Caloric Deficit), cuba catat apa yang anda makan seharian sebab ia akan membantu anda untuk kekal 'alert' dan akan membantu anda agar tidak makan berlebihan. Sekarang banyak 'mobile apps' yang anda boleh muat turun untuk 'track' pengambilan makanan anda untuk memastikan pengambilan kalori anda adalah yang diperlukan oleh badan anda seharian dan mengelakkan kalori yang berlebihan.
Ingat, bukan hanya mengira kalori makanan tetapi memilih makanan yang betul juga penting. Anda boleh cuba mengambil makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi dalam masa yang sama untuk membuat anda berasa lebih kenyang. Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi adalah seperti daging tanpa lemak, sayuran dan buah-buahan.
Air manis seperti jus buah, air gas dan minuman sukan dan tenaga selalunya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ia akan membuatkan anda susah untuk turunkan berat badan. Dan air manis seperti 'coffee latte' mengandungi susu dan gula yang tinggi kalori. Anda boleh cuba menggantikan air manis ini dengan air kosong, air kosong dengan tambahan lemon atau teh hijau kosong yang semestinya kosong kalori.
Apabila anda dalam fasa pengurangan kalori (caloric deficit), ia amat penting untuk anda kekalkan hidrasi badan untuk memberi sokongan kepada otak, otot, sendi dan tulang. Jadi jangan lupa untuk minum air kosong setiap hari untuk kekalkan hidrasi badan. Bukan itu sahaja, minum air kosong juga boleh membantu untuk mencantikkan kulit kita!
Sekali lagi, bukan sahaja mengambil makanan yang rendah kalori tapi anda perlu ambil makanan yang bernutrisi dan elakkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan. Jadi senang bila anda ada snek yang sihat di rumah dan di tempat kerja, bila lapar nak mengunyah takdelah makan snek yang kurang sihat. Antara pilihan snek sihat ialah kekacang, yogurt rendah lemak dan buah buahan.
Oleh itu, jadikan Entrusol Granola Munchies sebagai teman snek anda dan anda bolehlah 'snacking' tanpa rasa bersalah. Mengandungi 7 ramuan terbaik - 'rolled oats', buah kranberi kering, badam, biji rami, biji labu dan biji matahari. Dimana setiapnya memberi manfaat kepada kesihatan kita dan juga mengenyangkan dengan adanya 'rolled oats' ini.
Didatangi dengan 3 perisa yang hebat- Asli, Coklat dan Karamel Masin. Semestinya sedap dan sihat. Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan 'topping' bila anda makan bersama yogurt atau aiskrim rendah kalori. Kini snacking anda lebih FunTasteTikk!!
Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.