Penjagaan diri adalah penting untuk kesihatan menyeluruh tubuh badan kita; ia merangkumi mental, fizikal dan emosi. Lakukan apa sahaja aktiviti yang anda sukai. Ini adalah 5 tips mudah untuk anda ikuti bagi mendapatkan kesihatan badan dan minda yang lebih baik!
Tidak kiralah sesibuk mana pun anda, pakar menyarankan untuk anda keluar beriadah bagi mendapatkan udara segar. Kalau boleh jadikan ia sebagai aktiviti harian anda. Dengan beriadah, anda bukan sahaja dapat menenangkan fikiran tetapi anda juga dapat menyihatkan badan anda. Kajian menunjukkan bahawa dengan meluangkan masa di luar rumah boleh menaikkan 'mood', tidur malam yang nyenyak, kurangkan tekanan dan menggalakkan kesihatan mental.
Kajian menunjukkan jika kita selalu bermeditasi, ia boleh mengurangkan tekanan dan bantu menenangkan minda. Semasa meditasi, minda dan badan akan fokus kepada pernafasan dan membantu untuk anda kekal tenang. Jadi tariklah nafas yang dalam beberapa kali dan ia dapat membantu badan anda untuk melepaskan tekanan seharian yang dirasai.
Kebiasaanya kita akan menjadi tertekan apabila terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kesihatan anda. Oleh itu, belajarlah untuk mengatakan 'TIDAK' dengan baik agar anda dapat mengurangkan bebanan kerja. Bukan itu sahaja, mengatakan TIDAK juga dapat membantu anda untuk mengutamakan senarai kerja yang perlu dilakukan dan juga membantu anda mengurus masa dengan lebih baik. Topik ini sangat menarik untuk dijadikan satu blog yang berasingan iaitu 'bagaimana untuk mengatakan tidak tanpa menyinggung perasaan orang lain'.
Ketawa adalah penawar hidup yang terbaik! Sebab itulah jika anda nak sihat dari segi mental, anda wajib ceriakan diri dan selalulah ketawa. Kelilingi diri anda dengan kumpulan yang positif dan ‘supportive’. Jauhi golongan yang toksik kerana sudah pasti kumpulan ini paling tak membantu untuk pembentukan kesihatan mental yang baik
Kudapan selalunya dikaitkan dengan makanan manis dan boleh menyebabkan kadar gula dalam badan meningkat. Oleh yang demikian, cubalah alternatif kudapan yang senang, cepat dan sihat seperti Entrusol Granola Munchies. Ia merupakan snek sihat yang berasaskan 'rolled oats', biji bunga matahari, biji labu, biji rami dan badam. Didatangi dengan 3 rasa yang sedap iaitu kranberi, coklat dan karamel masin.
Our love for snacking inspired Entrusol to create local Halal Wellness snacks. Tasty, easy and healthy that aim to build a life-changing community that starts health from within, from their soul. Enjoy and be part of Entrusol’s funtastetikk healthy community.